PAS membantah kenyataan yang dibuat oleh YB. Dato’ Sri Anifah Aman pada Mesyuarat Luar Biasa Terbuka Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagai penyelesaian yang paling berdaya maju bagi kedua-dua pihak (Israel dan Palestin).
2. Sesungguhnya
kenyataan ini telah membelakangkan perjuangan dan pengorbanan rakyat
Palestin yang selama ini sehingga sekarang belum pernah berhenti
berusaha demi membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada
penjajahan Zionis-Yahudi.
3. Menegaskan
bahawa penyelesaian dua negara sebagai jalan keluar bagi isu ini
memperlihatkan bahawa YB Menteri dan Kementerian Luar Negeri atau
Kerajaan Malaysia sendiri tidak jelas dengan kedudukan isu Palestin dan
Masjid Al-Aqsa ini menurut perspektif sejarah dan akidah Islam.
4. Menyokong
penyelesaian dua negara ini juga bererti memberikan pengiktirafan tidak
langsung kepada kewujudan Israel sedangkan ia adalah sebuah negara
haram yang ditubuhkan secara tidak bermaruah melalui pembunuhan,
pencabulan hak asasi dan pelanggaran undang-undang.
5. Oleh
itu, PAS mendesak YB Menteri atau Kementerian Luar Negeri menarik
semula kenyataan ini dan juga menggesa Kerajaan Malaysia agar
menjelaskan pendirian dan sikap rasmi negara berhubung perkara ini.
Sekian.
”Sejahtera Bersama Islam”
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !