Tempat lahir saya, sila siasat dulu: Kit Siang - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » , » Tempat lahir saya, sila siasat dulu: Kit Siang

Tempat lahir saya, sila siasat dulu: Kit Siang

Written By Tranung Kite on Thursday, August 3, 2017 | 5:27 PM


KUALA LUMUR - "Saya mahu wartawan siasat dahulu," demikian menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika diminta menjawab status kerakyatannya.

Beliau berkata, wartawan perlu menyiasat perkara ini sebelum diajukan pertanyaan.

"Saya pernah jadi wartawan dulu. Saya akan selidik dulu sebelum berdepan," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Kit Siang ditanya mengenai tempat kelahirannya selepas Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao meminta Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjawab sama ada beliau lahir di Malaysia atau tidak.

Ramesh yang mengakui mendapat maklumat daripada seorang ahli veteran DAP, mendakwa Kit Siang tidak lahir di negara ini, awal tahun ini.

Menerusi pencarian di Google Search mengatakan, Kit Siang tiba di Malaysia pada tahun 1957 daripada China.

"Tetapi apabila saya semak semula semalam di Wikipedia beliau, (maklumat) mengatakan bahawa dia tiba dari China telah diubah kepada lahir di Malaysia pada tahun 1941, kira-kira 11 hari lalu daripada seorang individu dan ini amat mengejutkan saya," katanya kepada pihak media sebelum menyerahkan memorandum untuk Kit Siang menjawab soalannya.

....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website